TERMA & SYARAT SEMUA PENYEWA
TERMA & SYARAT SEMUA PENYEWA
Semua Penyewa yang hendak membuat tempahan Danisha Home perlu membaca terlebih dahulu Terma dan Syarat ini dan setiap penyewa perlu patuh kepada Terma & Syarat semasa anda menginap di Homestay Danisha Home ini.
HOMESTAY PATUH SYARIAH
Homestay Danisha Home ini khas untuk penyewa MUSLIM sahaja. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA (Patuh Shariah).
MASA CHECK IN & CHECK OUT
Check-in bermula jam 3.00 pm dan Check-out sebelum @ pada jam 12.00 pm, masa check out perlu dipatuhi & penting untuk pihak pengurusan menjalankan kerja2 pembersihan untuk penyewa baru masuk jam 3.00pm berikutnya. Walaubagaimanapun penyewa boleh check out lebih dari masa yang ditetapkan dengan mendapatkan persetujuan pihak pengurusan Homestay bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
BAYARAN DEPOSIT BOOKING
Bayaran deposit perlu dibayar sebanyak RM50/perhari dan mengikut bilangan hari disewa, bayaran deposit hendaklah dijelaskan pada tarikh tempahan dibuat, sebarang tempahan tanpa deposit adalah tempahan yang tidak muktamad sehinggalah wang deposit dijelaskan, sekiranya ada penyewa lain yang membuat pembayaran deposit maka tempahan tanpa deposit akan dibatalkan.
DAFTAR GOOGLE FORM UNTUK SAH BOOKING
Sebarang tempahan oleh penyewa, penyewa perlu melengkapkan maklumat pendaftaran GOOGLE FORM & penyewa bertanggungjawab perlu MEMBERI SALINAN KAD PENGENALAN kepada pengurusan Danisha Home.
PEMBATALAN BOOKING SEWA
Sebarang pembatalan tempahan perlu dibuat 10 hari sebelum tarikh menginap untuk layak mendapatkan semula bayaran deposit, jika gagal berbuat dalam tempoh 10 hari bayaran deposit tidak akan dipulangkan.
BAYARAN PENUH SEWA HOMESTAY
Baki bagi bayaran keseluruhan kos penginapan hendaklah dijelaskan sewaktu penyerahan kunci homestay ketika daftar masuk.
BAYARAN TAMBAHAN KEPADA PENYEWA YANG GUNA KERETA ELETRIK
Setiap penyewa yang menggunakan kereta Eletrik @ kereta EV cas tambahan akan dikenakan iaitu sebanyak RM30 sehari.
KEBENARAN MEMASAK
Pihak Pengurusan membenarkan untuk aktiviti memasak & telah menyediakan peralatan sokongan untuk memasak, TETAPI TIDAK menyediakan bahan-bahan dan ramuan-ramuan untuk memasak.
ELAKKAN BAHAN TERLARANG
Tidak dibenarkan membawa arak, makanan tidak halal, dadah dan apa juga barangan larangan yang salah disisi undang-undang ke dalam Homestay.
PELUPUSAN SAMPAH SARAP
Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
MEROKOK & PEMBAKARAN TERBUKA ADALAH DILARANG
Bagi tujuan keselamatan & elak kebakaran, merokok dalam rumah tidak digalakkan.
TANGGUNGJAWAB PENYEWA
Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang disediakan dalam homestay semasa anda menginap disini.
KESELAMATAN KEPADA PENYEWA & KELUARGA
Jika anda keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam, pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu, tingkap dan pagar.
KESELAMATAN BAHAN ELEKTRONIK & PERALATAN ELETRIK
Semua suis elektrik terutamanya suis TV LED, suis Air Cond, suis mesin basuh & lain2 hendaklah ditutup selepas digunakan @ jika anda keluar meninggalkan rumah.
KESELAMATAN DAPUR MASAK
Peralatan dapur gas memasak juga perlu sentiasa ditutup jika tidak memasak, air panas perlu dipanaskan dengan water heater yang disediakan sahaja & tidak digalakkan guna dapur gas untuk memasak air, ini adalah untuk mengelakkan kebakaran.
KESELESAAN PENYEWA & JIRAN TETANGGA
Semua penyewa dan semua ahli keluarga tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu kententeraman jiran-jiran berdekatan.
KESELAMATAN BARANG DALAM RUMAH
Tetamu yang menginap disini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan dalam homestay ini.
PENJENAYAH & PENYAMUN TIDAK DIBENARKAN
Penyewa adalah tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja JENAYAH yang menyalahi undang-undang jenayah Malaysia seperti mencuri, merompak, peras ugut, menyeludup barang terlarang, sekiranya kami mendapat ada aktiviti seperti di atas, pihak kami akan tidak teragak-agak melaporkan kesalahan kepada pihak Polis.
GANTIRUGI BARANG ROSAK
Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.
KEPERLUAN CHECK OUT
Pastikan semua barang dan peralatan diletakkan di tempat asal sebelum anda check-out. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out.